0

Jangan Menangis Temanku...

Thursday, November 25, 2010
Jangan menangis teman...
sekiranya kita tiada waktu utk bersua 
dan bercerita panjang lebar
mungkin saat dan ketika itu kita masing2 sibuk
dgn tugas masing2..


Jangan menangis teman...
sekiranya dirimu tidak mendengar khabar berita
dariku,bkn diriku lupa akan dirimu
mungkin aku tidak mempunyai 
kesempatan waktu utk bertanya khbr


Jangan menangis teman...
sekiranya dirimu tidak menerima
sms dariku,mungkin saat itu aku berlari
mengejar masa yg semakin cepat berlalu 

Jangan menangis teman..
sekiranya aku hilang dari pandanganmu
mungkin saat itu aku sedang melatih
tentera2ku agar tidak tewas
dgn musuh2 dunia

Jangan menangis teman..
sekiranya kita diuji dgn ujian ALLAH
kerna setiap ujian yg dtg menguji
keimanan kita kpd Ilahi adakah
kita betah atau tdk dgn ujian
yg diberi kpd kita.


Jangan menangis teman...
sekiranya ALLAH telah menjemputku
terlebih dahulu utk menjadi tetamuNya
sebelum dirimu..sentiasa sedekahkan aku dgn 
ayat2 suci agar aku sentiasa tenang dialam sana....




Baca Seterusnya..
0

Egokah Aku??

Friday, November 12, 2010
   Alhamdulillah aku masih lg diberi kesempatan utk menikmati hidup dimuka bumi ini dan masih ada waktu yg pnjg utk mencurahkan sesuatu di laman blog ini....mlm tadi ketika aku duduk bersendirian tiba2 terlintas difikiran ku satu persoalan yg cukup memberatkan kepalaku utk mencari jwpan akan persoalan ini..''Egokah Aku""??
mungkin padanya aku adalah seorang yg ego??tapi itu bknlah jwpan yg aku cari..aku tahu tentu dirinya amat membenci diriku dan mungkin tidak akan memaafkan diriku ini....Maafkan aku wahai ''teman" kerna melukakan hatimu,sekiranya dirinya mampu mantafsirkan pasti dirinya akan mengerti,bkn sengaja melindungi rasa dijiwa namun bimbang diri akan terleka hanyut dibuai angan2 dan mimpi indah hingga terabai segala cita2 sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagian...


 ''maafkan sy,sy tak dapat menerimanya"itulah antara pesanan sms yg ku hantar kpdnya aku pun xtau cmne perasaannya ketika dia menerima sms dari aku,kecewakah??sedih?or entahlah xtau nak ckp.tapi yg penting aku dah buat satu keputusan itu dan aku kena terimanya,mungkin sudah ketentuan Ilahi itu sume dah ditetapkan kita kena terimanya..sejak itu aku memang dah lama lost contact hinggalah ke hari ini marah benar dia akan aku agaknya apa pun dia tetap sahabat aku dunia dan akhirat..time raya pose aku pernah gak hntr ucapan selamat hari raya kat dia n dia reply msg aku "sape nie ek"?aku reply msgnya semula "sahabat lama".sukanya aku bila dia reply msg aku walaupun dia dah xkenal akan aku lg,itulah msg terakhir aku hntr kat dia dan xmungkin utk kali yg ke-2...mungkin disaat ini dirinya sudah ada penganti yg jauh lebih baik dari aku yg serba kekurangan ini,doakan sajalah akan kebahagian buat dirinya "hafiza" mungkin ada hikmah disebaliknya...suatu saat nanti tentu dia dpt terima apa yg aku lakukan bkn demi kepentingan diri tapi kerna mengejar cita2 dan ingin berbakti kpd org tua sblm ke2nya menutup mata,sebagai seorang anak aku perlu laksanakan tggjwb sebagai seorg anak...


 Apapun aku sentiasa mendoakan akan dirimu agar bahagia disamping org yg tersayang dan dirimu telah temui seseorang yg dapat menjadi bidadarimu kelak..aku minta maaf sekiranya aku melukakan hatimu bkn niat aku melakukan sedemikian tapi kerna mengejar cita2 demi masa depan kau akan dpt yg jauh lebih baik dari aku..
kau tetap sahabat aku buat selama-lamanya-:).


  

 
Baca Seterusnya..
0

Cantiknya Lelaki....Hebatnya Wanita.....

Wednesday, November 10, 2010
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”










Baca Seterusnya..
1

Secebis Kenangan=:)

Assalamualaikum....Apa khabar agaknya sahabat2 ku ini moga2 mereka sentiasa berada dlm keadaan sihat hendaknya,sudah lama rasanya kita tidak berjumpa...emmmm....cmne keadaan korang sume ek?rindu sngt kat korang sume-:(

 masih terbayang2 kenangan ketika kita sume duk kat hostel cam2 kenangan pahit dan manis xdpt dilupakan,kenangan yg paling kelakar time nak sambut besday fie memang kelakar sngt....hehehehehe....masa nak sambut besday fie,time tu fie dah tido n lampu bilik dah tutup,kita masuk senyap2  kat blik fie tkut ye terjaga,aku time tu ditugaskan utk buka lampu bile wani bg isyarat  utk buka lampu tapi yg kelakarnya aku xnampak yg wani dah bg isyarat time tu yelah aku nie mlm2 mata memang xnampak agak lama gak lah nak tggu aku buka lampu time tu nak tergelak dibuatnya tapi tahan jew lah nak ketawa pecah perut rasanye....wani dtg dekat aku utk suruh buka lampu brulah lampu tu dpt dibuka...hahahahaha...."sory ler wani k.fiza xnampak lah"bagai nak pecah diaorg ketawa nasib baik time tu fie xterjaga klu x,mau kantoilah...


 1,2,3,"hapy birthday to you",hapy birthday to fie".....fie time tu yg bru bgun tido memang terkejut mane xnye dlm mamai2,time tu perasaan bercampur aduk sedih dan hapy kwn2 sambut besday...xterkata2 fie masa tu..mlm tu kitaorg sambut besday fie walaupun hanya bersambutkan makaroni yg kami tempah kat mimi "sory fie hanya itu yg kami mampu utk sambut besday fie time tu hehehehehe"sampai hari ini aku masih ingat lg kenangan itu,skrg masing2 sudah ada kehidupan sendiri kadang2 aku terfikir masih adakah waktu utk kami bersama seperti dulu lg....iha,wati,mimi,wani,iejan.fie,dayah n yana,semoga kalian berjaya dlm hdp dan sentiasa berada dibwh RahmahNYA...semoga persahabatan ini terus mekar didlm sanubari buat selama-lamanye....Sayang korang sume!!!!...muuuuuuuuhhhhhh-:)



Baca Seterusnya..


ShoutMix chat widget