0

Buat Sahabat Perjuanganku....

Friday, October 22, 2010
     Dengan BismilLah ku bermula.Bingkisan hati buatmu teman Yang dikasihi Kita bersama dalam satu ikatan.Bermula episod hidup di dunia iniKu harap hanyalah di dunia.Dirahmati dan diredhai.Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah Hati kami dalam mencintai.Redha atas ujian diberiJauhkanlah kami.Dari rakus mengejar duniawi.Hidup mati biarlah untuk-Mu.Harap dunia hanya di tangan.Bukannya di hati ‘tuk dicintaiKita dicipta sebagai khalifah.Bersama kita hidup untuk-NyaKita dicipta di dunia fana.Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..Kita laksana bersama.Amanah dari-Nya demi.Memburu cinta dan harapan”Tuhan itu harus diutama.Dari segala kepentingan dunia.Bergandingan kita untuk.Memburu cinta-NyaOh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati.Memohon kasih-Mu oh Tuhan.Dalam mengharap redhaDari-Mu..”“Hanya di duniaKita harapkan, kita dambakan.Selamat sejahtera, bahagia..”
Baca Seterusnya..
0

secebis coretan....

Friday, October 15, 2010

Assalamualaikum....semoga kita semua berada dlm keadaan sihat sejahtera di bwh rahmatNya...sebenarnya xde pe yg nak dikongsikan just sedikit coretan lah khas buat adik mohd asri@di kenali sbgai Alfaqir yg akan berangkat ke morocco pd mlm nie,xde pe2 nak bg kat kat dia,memang nak bg something tapi xsempat nak beli plak....Alhamdulillah impiannya nak ke morocco akhirnya dah kesampaian bkn senang nak dpt peluang cam nie aku harap dia dapat menyesuaikan diri dgn keadaan disana yg agak berbeza dan dpt menempuhi cabaran yg bakal dihadapinya semasa disana nanti,"jgn gentar adik setiap cabaran yg dtg hadapilah dgn tenang akk sentiasa doakan kejayaan mu wahai adikku"


  Sebenarnya aku bangga akan adik ini yg mempunyai satu usaha utk memajukan diri-sendiri dan sentiasa memberi ilmu yg dia ada kat org lain agar berjaya sepertinya,susah nak cari org muda yg nak berjuang utk agama n bangsanya sendiri,berfikir sentiasa ke hadapan,kita memang kena berfikir ke hadapan bkn ke belakang brulah diri kita maju...byk perkara sebenarnya aku pelajari drpd adik mohd asri nie,walaupun umurnya masih muda tapi idea yg dilontarkannya memang power lah huhuhuhuhu.-:)memang seronoklah bercerita dan berkongsi something dgn dia...memang de bakatlah sebagai motivasion,seorang anak muda puye daya pemikiran yg agak tinggi lah.cita2 nak jadi millionaire muslim,wah!!!hebatnye hope tercapai lah bile dah kaya nanti tumpang sekaki ek....hehehehehehe......



'The More you Gift,The More you Get"itulah kata2 pemangkin yg  mungkin menjadi kunci kpdnya untuk terus memberi dan memberi tanpa mengharapkan ape2 hanya sekadar ingin berbakti.....emmmmm....nampaknya aku akan kehilangan seorang teman berbicara lah lepas nie...walaupun hatinya melonjat gembira dpt bljr di sana mungkin de rasa sedikit kesedihan terpaksa meninggalkan kwn2 yg byk kenangan bersama especially terpaksa tinggalkan beberapa program yg xdpt ikut serta...mungkin kali nie xdpt ikuti program tapi bile kat sana nanti masih boleh melakukan seperti yg dilakukan semasa di tanah air "jgn cedih2 tau"...pg utk berjuang demi masa depan dan pastikan pulang dgn segunung kejayaan....Hanya doa mengiringi perjalananmu,semoga dapat menempuh alam bru yg bakal dihadapi,hanya kekuatan diri dan ketahanan emosi dapat menyelamatkan kita dari segala dugaan agar dpt menjalani liku2 kehidupan...selamat berjuang dlm mengejar cita2 dan demi segunung kejayaan..."man ja'da wajada"


    SALAM SUCCESS  DLM MENGEJAR CITA2 BUAT ADIK M.ASRI-U SmiLE AlwayZ-:)

  

'    '






























    
Baca Seterusnya..
0

Bertemu Cinta Teragung....

Monday, October 11, 2010

Bertemu cinta Teragung -mencari cinta
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Tahu cintaNYA menerangi jiwa.

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit
Di lembah terhina
Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta

Ku sangka teguh kiranya masih rapuh
Ku sangka mudah namun amat payah
Ku sedar semua pasti ada akhirnya
moga akhirku diselimut cinta
cinta agungNYA

Sekian lama
Diri terlalai
Kehidupan terabai
Akhirnya aku temui kadamaian abadi
Baca Seterusnya..
0

SaLaM uKhuWaH

Wednesday, October 6, 2010
   Alhamdulillah...sudah lama rasanye tdk mencoretkan sesuatu di laman blog ini,blog yg lama sudah lama xdi update so terpaksalah create yg baru,ini pun atas bantuan adik asri yg byk membantu aku utk mencantikkan blog aku ini,hehehehehe....terima kasih lah adik asri bantu akk buatkan blog yg baru ini very nice blog yg bru ini,nak harapkan aku memang bukan kaki IT,bkn seorang yg pakar bab2 IT nie,sekadar tahu yg simple2 jew,huhuhuhuhu....sebenarnye xde pe yg nak di coretkan first2 nie sekadar mukadimah jew nanti bile de masa lg bru byk idea yg nak dikongsi dgn kwn2 semua..."Ahlan wasahlan"wahai sahabat sekalian..


  Rasanye nie jew kot coretan aku pd mlm nie nanti ada masa bru aku update blog aku nie,lgpun rasa penat lah mlm nie langsung xde idea kuar kat kepala otak nie,idea xnak dtg plak mlm nie mlm2 skit kot bru nak muncul,xsabar rasanye nak muntahkan isi hati yg agak lama terpendam kat hati nie,hanya kat sini jew dpt luahkan isi hati aku nie.....oklahsetakat nie jew yg aku mampu coretkan Aisya humaira minta izin utk mungundur diri,semoga berbicara lg di lain lembaran yg bru...wassalam......
Baca Seterusnya..
0

Wahai Wanita solehah....Bersabarlah...

Tuesday, October 5, 2010

"Wahai wanita solehah..

Jangan risau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pd wanita hanya kerana kecantikan
atau lirikan senyum,
pada bicara manja yang mengoda,
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang
meruntuhkan imannya,

Sesunguhnya lelaki itu adalah peminpin kepada wanita,
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,
sedang menbina sahsiah kepimpinan dirinya,
bagi memimpin dirimu.

Kerana pada wanita itu,
pasti ada kekurangan dan kelak
lelaki yang benar-benar layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan
kekuranganmu~

Baca Seterusnya..
0

cinta Adam&Hawa

Monday, October 4, 2010

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,Aisya Humaira ingin berkongsi sedikit pengajaran  hasil petikan iluvislam yg telah mencuri hati ini utk berkongsi bersama2 agar kita mendapat manfaat drpdnya..mudah-mudahan....

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini
Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....

Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!


Hawa....

Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....

Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa....

Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....

Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....

Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

Top of Form
Baca Seterusnya..


ShoutMix chat widget