0

Mengapa Terlalu Sukar Memaafkan

Sunday, December 5, 2010
 Assalamualaikum buat sahabat2 yg mengikuti blog sy ini,harap2 kalian sentiasa berada di bawah rahmahNya.Dalam mencari2 satu artikel hati terpaut pd satu tajuk yg agak menarik "mengapa terlalu sukar memaafkan"..lantas minta izin dari tuan puye blog ini untuk copy artikel ini,moga2 perkongsian ini memberi seribu makna buat kita semua...
                                                                                                                                                                      MAAFKANLAH 
Seandainya diri kita pernah ditipu orang…

Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…

Seandainya diri kita pernah difitnah orang…

Seandainya diri kita pernah dihina orang…

Seandainya diri kita dizalimi orang…Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada.Retak serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan hingga generasi ke generasi.
  
Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang.
‘Alangkah nabi maafkan umatnya inikan pula kita…Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!’….satu perpatah yang sering terdengar jika hati keras untuk tidak memaafkan orang…


Apa Allah kata…..

 Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat
JAHAT kepadamu?
Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah 
MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang 
memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah 
MENKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah 
MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)? 

 Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapiAku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut.                             
Sebahagian petikan hadis qudsi.

Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada diri kita lalu ia memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?
  
jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah ikhlas untuk memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah seorang hamba bersifat sedemikian?

Ingatlah….dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah mengampuni dosa kita lalu….
Mengapa terlalu sukar memaafkan?
  
 




 
                                                                                                  

0 comments:

Post a Comment



ShoutMix chat widget