1

kau pergi jua

Saturday, October 2, 2010
 Malam ini tiba2 sahaja aku teringatkan sahabat lamaku yg telah pergi meninggalkan diriku ini,hatiku terasa sebak mengingatkan dirinye yg telah pergi buat selama2nye,'"wahai sahabatku,aku doakan agar engkau tenang di alam sana serta ditempat kan di tempat org2 yg beiman''.ketika aku mencoretkan bisikan ini air mataku mengalir tanpaku duga,betapa rindunye aku akan dirinye,"Ya ALLAH tabahkan lah hatiku ini menerima akan kehilangan org yg ku sayang...

   Aku terkilan kerna tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir sebagai pengubat rindu.aku masih ingat lg waktu nak tidur aku telah merancang utk ke hospital dgn kwn2,hati ini xsabar utk melihat keadaanmu kerna aku mendengar kwn2 mengatakan keadaanmu agak ''tenat",aku xlena tidur mlm tu mengenangkan keadaanmu itu.."lambatnye nak pg".bunyi jam locengku menandakan waktu sudah pg,aku terdengar ayahku mengatakan sesuatu kpd ibuku tapi aku xdgr apa yg dikata kan oleh ayahku,tiba2 aku ibuku memanggil namaku,lantas aku menyahut panggilan ibuku,bagaikan nak tercabut jantungku ketika mendengar berita yg disampaikan oleh ibuku ''kwn kamu sudah tiada,dia telah meninggal dunia subuh tadi''.Alangkah terkejutnye ketika mendengar berita itu,Ya ALLAH kwn aku telah pergi",tidak terkata2 aku mendapat berita itu,hajatku tidak kesampaian utk melawatnye di hospital...

    Aku terdengar bunyi motosikal ayah yg bru pulang dari rumah arwah agaknye,ayah memanggil aku dan bertanya "kenapa kamu blum pergi lg menziarahi kwn kamu,jenazah nak dikebumikan pkul 11 tengahari nanti takut tak sempat pergi lah sekarang".aku meminta ibu menemaniku untuk menziarahi kwnku ini,setelah sampai di perkarangan rumah arwah aku melihat terlalu ramai kwn2 yg dtg,bertambah sebak aku melihat kwn2 yg dtg menziarahi,terlalu berat kakiku hendak melangkah msuk ke rumah namun ku gagahi jua utk masuk,aku terasa sebak melihat saudara-mara arwah menangisi akan kepergian sahabat yg ku cintai ini namun apa kan daya Tuhan lebih menyayanginye aku pasrah akan kehendak ilahi..Di penghujung dinding aku melihat emak arwah yg masih lg bengkak mata dikelilingi oleh saudara-mara yg dtg utk menziarahi,kasihan aku melihatnye,kehilangan seorang anak yg dia sayang,dlm hati ini aku berdoa agar ianya tabah menghadapi ujian dan dugaan ini..ketika aku sampai jenazahnye sedang dimandikan...Di luar rumah org ramai sibuk menguruskan hal2 yg lain sementara menunggu jenazah siap dimandikan,ternampak lah kwn2 yg dtg utk membantu apa yg patut aku hanya mendiamkan diri masih terasa terkejut kerana blum dapat menerima kenyataan aku akan kehilangan seorang kwn yg aku sayang,hati aku semakin sebak hingga ingin menitiskan air mata namun aku kuatkan hati ini agar tidak menitiskan air mata...


   Mungkin ibuku memahami hatiku ini,lantas mengajak aku pulang sebelum sempat menatap wajah kwnku ini buat kali terakhir,ibuku mengerti anaknye ini seorang yg agak sensitif sedikit dan mudah mengalirkan air mata,ibuku takut aku xdapat menghadapi cubaan ini kerna itulah ia mengajak utk pulang,aku mengikut susur langkah ibuku tanpa mengatakan apa2 seolah2 aku sedang bermimpi...aku bersalaman dgn ibu arwah utk meminta diri dahulu....setelah pulang ke rumah aku terus msuk ke bilik mengenangkan sahabat aku yg telah pergi buat selama2nya dan tidak akan kembali lg.aku melihat jam sudah menunjukkan pkul 2.00 menandakan sudah msuk waktu zohor lantas aku mengambil wuduk utk mengerjakan solat zohor,di akhir solat aku sempat berdoa agar sahabatku ini aman di alam sana dan di tempatkan bersama2 org yg beriman..Amin....sekarang sudah tidak ada lg senyuman manis yg di lemparkan kpdku kerna senyuman itu telah pergi buat selama2nya yg tinggal hanya kenangan.walaupun sahabatku ini telah lama pergi namun aku tidak pernah melupakan akan dirinya dan sentiasa sedekahkan bacaan yassin dan mengiringi doa utknya agar ianya tenang di alam sana.Maaf kan aku wahai sahabat ku kerna tidak dapat menziarahi mu ketika diri mu terlantar di hospital tetapi ketahuilah wahai sahabatku aku amat menyayangimu sepanjang hidup ku ini,terima kasih kerna sudi menjadi sahabatku,engkaulah sahabatku dunia akhirat....

     


1 comments:

Unknown said...

Setiap perkara yang sayang, Allah lebih menyayanginya..Jangan ditangisi pemrgian itu, kerana ada yang lebih baik dari itu, Redha dan PAsrah sebagai BEKAL

Post a Comment



ShoutMix chat widget